PENYALAHGUNAAN ICT : PANDANGAN ISLAM TERHADAPNYA DAN CARA MENGATASINYA


  • Beberapa isu utama dikenalpasti termasuklah, penyebaran maklumat palsu, gambar-gambar yang dipalsukan serta gambargambar yang tidak bermoral.

  • Perkara ini dilihat amat mudah diperoleh oleh golongan remaja yang terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan dan pengawasan. Sekiranya tidak dikawal, perkara ini memberi kesan yang besar kepada psikologi dan tindak-tanduk remaja sekaligus membawa kepada permasalahan moral yang lebih besar.

  • Kesan yang mungkin dapat dilihat ialah peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak langsung mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi.

  • Isu seterusnya yang dilihat sebagai ancaman kepada perkembangan ICT adalah penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya.

  • Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja bahkan golongan dewasa dan profesional juga terdedah kepada permasalahan ini sehingga mungkin boleh mendedahkan perkara-perkara penting negara sekaligus menyebabkan masalah yang lebih besar kepada negara.

  • Kesan kepada remaja boleh dilihat dengan banyaknya laporanlaporan yang didedahkan terhadap kes-kes kehilangan remaja kesan daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal.

Comments

Popular Posts