KESAN POSITIF & NEGATIF ICT DALAM DAKWAH

POSITIF

Kehadiran teknologi multimedia adalah anugerah istimewa kepada dunia dakwah. Tugas berdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan sasarannya sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik seminar bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya.

Selain itu, urusan dakwah juga dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multimedia ini. Dunia hari ini heboh tentang 'e-niaga' atau 'e-commerce dan dunia perniagaan, begitu juga dengan konsep dakwah yang juga dikenali dengan edakwah. Melalui e-dakwah setiap badan-badan kerajaan mahupun NGO akan menjalankan dakwah melalui laman-laman web yang disediakan meliputi pelbagai aspek termasuklah ruangan-ruangan tazkirah, pandangan dan soal jawab agama.

Di samping itu, kemajuan multimedia juga meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan. Perkembangan multimedia secara langsung atau tidak membantu meningkatkan kefahaman manusia dalam soal-soal agama. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepatdan efektif. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang.

Dari segi sosialnya pula, pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat islam Malaysia, sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara. Mereka boleh saling memberi dan menerima pendangan, nasihat menasihati dan saling tegur menegur antara satu dengan yang lain.


NEGATIF

PENGARUHBUDAYA ASING

ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan dalam media tempatan. Daripada pengaruh ini terdapat unsur-unsur negatif yang menular masuk dalam budaya tempatan. Perkara ini akan menjadikan sesuatu dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar. MENJEJASKAN KESIHA TAN Tidak dapat dinafikan bahawa kegunaan ICT dapat menjejaskan kesihatan. Hal ini kerana terdapat ICT yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah dan keguguran kendungan.


KESAHIHAN MAKL UMAT

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud : "Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada (berhati-hati) akan kebenarannya".21 Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan.

Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.

Comments

Popular Posts