KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DALAM DAKWAH
PERBANDINGAN DAKWAH MENERUSI ICT DAN BUKAN ICT
Kalau dilihat perkembangan dakwah Islam dari dahulu sehingga kini, ternyata bahawa para pendakwah khususnya dan umat Islam umumnya tidaklah mengggunakan sesuatu media tertentu, dan tidak pula menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini.
Di Malaysia sejak dari dahulu lagi dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepada individu dan kumpulan, secara bersemuka atau menerusi penyebaran bahan-bahan tulisan dan sebagainya, malah selari dengan perkembangan zaman yang dilaluinya, dakwah Islamiah turut disebarkan menerusi filem, video, kaset dan sebagainya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet.
Oleh yang demikian, Dalam perkembangan di alaf baru kini, teknologi maklumat (ICT) telah menjadi medium terpenting dalam komunikasi. Dilihat kepada perkembangan Internet umpamanya, perbezaan nisbah kuantiti laman web dan blog agama selain Islam,telah mengatasi bilangan web dan blog Islam itu sendiri. Justeru itu,telah menjadi tanggungjawab para Pendakwah,untuk membina lebih banyak laman web dan blog,seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi, Hasrizal Jamil dan lain-lain lagi.
Jika diteliti, penggunaan media elektronik terutama radio dan televisyen sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan sendiri. Program-program yang disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya.
Jadi, yang pentingnya ialah kesedaran umat Islam bahawa Islam tidak menghadkan kepada umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya.

Comments
Post a Comment