DEFINISI DAKWAH & ICT
DAKWAH Dari segi bahasa "dakwah" adalah ambilan daripada perkataan arab dan merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan. DARI SEGI ISTILAH Rangkaian perkataan "dakwah islamiyyah" sebagai satu istilah khusus yang penting dalam penyebaran, pengembangan dan pemahaman Islam sebagai al-din yang diamalkan dan diterima pakai. ICT ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertu...